fbpx

Buruh didakwa cabul wanita ketika cari durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (belakang, tiga dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita minggu lalu. - Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita yang keluar bersamanya untuk mencari durian minggu lalu.

Tertuduh, Mazlan Abdul Rahman, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 53 tahun dengan niat mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam hutan Kampung Pauh Jambu Badang di sini kira-kira pukul 3.30 petang pada 12 Julai lalu

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Samhana Aidenan.

Terdahulu, Muhammad Sharil mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin ditetapkan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Nurul Samhana memohon agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang paling minimum.

“Tertuduh bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM40 sehari. Dia tinggal bersama keluarga dan menjaga ibu yang sakit tua,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan iaitu tidak boleh ganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI