fbpx

Bimbang Kluster Korban, dua PKRC di Kelantan dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zurairie (kanan) bersama Selasawati ketika meninjau operasi pembukaan semula PKRC Dewan Jubli Perak, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Dua buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang telah ditutup lebih seminggu lalu kini dibuka kembali sebagai persediaan menghadapi kemungkinan wujudnya kluster baharu iaitu Kluster Korban selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, dua pusat kuarantin itu adalah PKRC Asrama Hospital Pasir Mas dan PKRC Dewan Jubli Perak di sini.

Katanya, pembukaan semula PKRC itu dilakukan selepas bimbang sekiranya tercetus jangkitan dalam komuniti berulang semula seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri dua bulan lalu sekali gus mewujudkan kluster baharu di Kelantan.

“PKRC Asrama Hospital Pasir Mas mula dibuka Rabu minggu lalu mempunyai 18 bilik untuk kemasukan pesakit berkeluarga iaitu bapa dan anak lelaki. Pusat kuarantin di Institut Latihan Perindustrian di sini yang tidak pernah ditutup pula akan menempatkan pesakit kategori ibu dan anak perempuan.

“Bagi PKRC Dewan Jubli Perak, ia dibuka hari ini dan telah menerima kemasukan seramai 50 pesakit lelaki selepas pusat kuarantin di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini sudah hampir penuh 100 peratus,”katanya selepas meninjau operasi pembukaan semula PKRC Dewan Jubli Perak di sini hari ini yang mampu menempatkan seramai 200 pesakit Covid-19 lelaki kategori satu dan dua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI