KOTA BHARU – Polis telah mengarahkan sebanyak 55 buah kenderaan berpatah balik selepas dikesan cuba untuk merentas negeri dan daerah tanpa dokumen sah dipercayai untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, kesemua kenderaan yang diarah berpatah balik itu cuba mengambil kesempatan dan mencuba nasib untuk berbuat demikian.
“Saya tidak menafikan ada segelintir pemandu menipu memberi alasan untuk pulang ke kampung kerana ada pertambahan kenderaan sebanyak lima peratus pada hari ini.
“Semua pihak termasuk kerajaan negeri dan rakyat Kelantan tidak mahu perantau pulang ke sini untuk menyambut Aidiladha, namun tetap ramai yang mencuba nasib.
“Mesej ini jelas dan saya harap mereka (perantau) faham. Kita bertegas akan mengambil tindakan mengikut peraturan dan undang-undang terhadap mereka yang mencuba nasib masuk ke Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Hamzah di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929