fbpx

3,391 isi rumah telah menerima Bakul Prihatin Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Bakul Prihatin Negara yang telah diadakan di Kedah.

PETALING JAYA – Sebanyak 1,017 Bakul Prihatin Negara telah diagihkan kepada penerima melibatkan 3,391 isi rumah di 11 buah negeri bermula Jumaat lalu sehingga pukul 5 petang tadi.

Berdasarkan statistik semasa, negeri Kedah mencatatkan jumlah penerima paling tinggi iaitu sebanyak 279 penerima, Kelantan (269), Negeri Sembilan (168), Perak (85), Sabah (80) dan Sarawak (60).

Ia diikuti dengan negeri Perlis sebanyak (33), Selangor (18), Johor (17), Terengganu (5), manakala Kuala Lumpur (3).

Secara keseluruhan, program ini telah merangkumi 48 daerah, 83 Parlimen dan 146 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada Perdana Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Program ini adalah sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI