fbpx

27 kenderaan gagal rentas daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan raya yang sesak di sekitar daerah Sabak Bernam yang tular hari ini.

SABAK BERNAM – Cubaan 27 kenderaan merentas daerah gagal apabila diarah berpatah balik dalam sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Sekinchan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, semua kenderaan itu didapati mencuba nasib untuk melepasi SJR di Kilometer 74 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan kawasan Tali Air 4 berkenaan.

“Polis mengarahkan semua kenderaan yang merentas tanpa kebenaran itu supaya berpatah balik.

“Tindakan itu selaras dengan arahan Ketua Polis Negara bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan merentas daerah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak cuba merentas daerah ini sempena sambutan Aidiladha esok.

“Tiada aktiviti kunjung mengunjung dari rumah ke rumah dan sentiasa kekal di rumah dalam tempoh yang diwartakan kecuali urusan kecemasan.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan dalam usaha mengekang penularan Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Dalam pada itu, Agus Salim menegaskan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan yang tular berpunca tindakan pemeriksaan ketat polis bagi mengelak individu merentas daerah tanpa kebenaran. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI