fbpx

11 kru kapal korek nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pemadaman kapal korek yang terbakar berhampiran Sungai Chondong Besar, Pulau Indah dekat sini hari ini.

KLANG – Seramai 11 kru warga asing terselamat selepas kapal korek dinaiki mereka terbakar kira-kira 0.3 batu nautika dari Sungai Chondong Besar, Pulau Indah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.48 tengah hari itu, semua mangsa terdiri daripada tujuh warga China dan empat Indonesia menaiki kapal MV Shi Xian 156 tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, bot Maritim dikerah ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat termasuk membuat kawalan keselamatan.

Menurutnya, operasi khas itu turut melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan bot survey dari Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

“Hasil pemeriksaan mendapati 11 kru kapal korek itu selamat tanpa sebarang kecederaan dan dipindahkan ke daratan terdekat.

“Kerja pemadaman api giat dilakukan berikutan terdapat tangki minyak di lokasi kebakaran, namun berjaya dikawal sepenuhnya oleh bomba dalam tempoh enam jam,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Mohd. Rosli menegaskan siasatan awal pihaknya mendapati tiada tumpahan minyak dilaporkan setakat ini.

“Namun, kita akan menjalankan pemantauan secara berterusan di lokasi kejadian,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI