fbpx

Ziarah pusara mangsa MH17 secara maya ubat kerinduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin mengambil gambar pusara mangsa tragedi pesawat malang MH17 yang disemadikan di Tanah Wakaf Perkuburan Paya Luas, Segamat, Johor hari ini.

SEGAMAT – Semalam genap tujuh tahun detik hitam pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur ditembak jatuh pada tanggal 17 Julai 2014.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini menyebabkan ahli keluarga tidak dapat melawat pusara mangsa MH17 yang disemadikan di tanah perkuburan.

Bagi memenuhi hasrat untuk melihat pusara bagi melepaskan kerinduan, Ketua Kampung Kenangan Batu Anam, Segamat, Kamarudin Sarip, 57, mengambil inisiatif berkongsi gambar pusara kepada waris menerusi aplikasi WhatsApps.

Menurutnya, seorang mangsa tragedi MH17, Hasni Hardi Parlan, 32, yang juga seorang jurutera perkapalan telah disemadikan di kampung tersebut.

“Diharap waris mangsa diberikan ketabahan dan saya lakukan inisiatif ini atas permintaan ahli keluarga yang tidak boleh datang ziarah secara fizikal.

“Kita mendoakan waris mangsa boleh menziarahi pusara semula setelah PKP ditamatkan,” kata Kamarudin ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Paya Luas di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, imej pusara berkenaan akan dihantar secara maya kepada waris serta kenalan atas permintaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI