fbpx

Spurs perlu lepaskan Kane pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE terdesak untuk mencari pasukan baharu apabila Spurs dilihat tidak mampu merealisasikan impiannya untuk menjulang trofi-trofi lain. – AFP

LONDON – Bekas pemain Tottenham Hotspur, Chris Waddle percaya para peminat kelab itu memahami keinginan pemain sensasi mereka, Harry Kane yang mahu berhijrah meninggalkan pasukan itu.

Kane berjaya mempamerkan bakat yang luar biasa bersama Spurs, namun masih gagal untuk membantu kelab itu meraih sebarang kejuaraan termasuk hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Situasi itu menyebabkan Kane mula bersuara mengenai masa depannya sekali gus menyebabkan beberapa pasukan gergasi EPL seperti Manchester City dan Manchester United termasuk Chelsea cuba mengintai peluang.

Pengarah urusan kelab itu, Fabio Paratici menegaskan bahawa mereka tidak berminat untuk melayan sebarang tawaran dan mahu terus mengekalkan Kane yang masih memiliki kontrak selama tiga tahun bersama Spurs.

Namun, Waddle mengakui para peminat Spurs perlu berlapang dada dan menerima keputusan yang akan dilakukan Kane sekiranya dia mahu mening­galkan kelab itu terutama ketika masih dihantui kecewa ekoran kegagalan pada aksi final Euro 2020.

“Saya fikir peminat tidak ada masalah jika Kane pergi. Mereka perlu menerimanya, Kane telah memberikan segala-galanya untuk kelab ini.

“Pencapaian peribadi yang dilakar Kane bersama Spurs sangat luar biasa, sekarang tiba masanya untuk dia pergi dan mencari apa yang diinginkan dalam kerjayanya.

Menjulang trofi-trofi lain untuk kepuasannya sebagai pemain bola sepak,” katanya.

Tambahnya, dia memahami bahawa Kane kini perlu membuat keputusan paling penting dalam kariernya dan percaya Manchester adalah destinasi terbaik buatnya untuk meraih apa yang diinginkan.

“Dia sudah berusia 27 atau 28 tahun dan kontrak seterusnya adalah yang paling besar dalam hidupnya kerana ia adalah penentu sama ada dia mampu meraih apa yang diinginkan.

“Secara jujurnya, City adalah pasukan yang boleh dianggap mampu memenangi dua atau tiga trofi. Begitu juga dengan United tetapi jika di luar England, saya melihat agak sukar buat Kane,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI