PUTRAJAYA – Sasaran Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan dipercepatkan lagi susulan penemuan varian baharu yang lebih ganas dan peningkatan mendadak kes positif sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini menyasarkan 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos ini menerusi Operasi Lonjakan Kapasiti.
Beliau berkata, pada masa sama, diunjurkan 100 peratus populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos ini.
Menurutnya, berdasarkan jadual asal, 80 peratus rakyat di negara ini akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama tahun depan sebelum sasaran itu dipercepatkan ke bulan Disember ini.
“Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir Ogos ini diikuti peningkatan kepada 70 peratus menjelang September.
“Justeru, kerajaan menyasarkan 100 peratus populasi dewasa di negara ini akan menerima dos lengkap vaksin pada Oktober manakala peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929