fbpx

Sebab Covid-19, Aidil Aziz dapat solat jemaah dengan famili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL AZIZ bersama isteri, Fasha Sandha dan anak-anak mereka.

PETALING JAYA – Biarpun wabak Covid-19 membataskan pergerakan kebanyakan rakyat Malaysia, pelakon Aidil Aziz melihat perkara tersebut sebagai hikmah apabila dapat solat berjemaah bersama keluarga tersayang.

Ujar suami kepada pelakon Fasha Sandha itu, dia bersyukur kerana dapat menghabiskan banyak waktu bersama keluarga walaupun terperuk di rumah sahaja sejak setahun kebelakangan ini.

“Memang tak boleh buat apa. Kalau kita fikir sangat, nanti kita yang tertekan. Saya mungkin okey lagi sebab ada famili. Bayangkan yang tiada famili atau berstatus bujang.

“Banyak waktu terisi bersama famili. Setiap pagi sediakan anak-anak untuk kelas online mereka, mandikan yang kecil. Bersenam kalau ada masa, tengok televisyen dan sebagainya.

“Yang paling best, waktu duduk di rumah ini, dapat solat berjemaah bersama keluarga,” kata Aidil, 34.

Aidil berkata demikian ketika sesi temu bual bersama media mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Suara Hati yang turut dibintangi Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela.

Tambah pemilik nama lengkap Mohd. Aidil Abdul Aziz itu, banyak masa dihabiskan bersama keluarga yang sebelum ini tidak mempunyai ruang dan peluang untuk dilakukan.

“Banyak waktu dihabiskan bersama anak-anak. Layan kerenah mereka. Memang ada akviti walaupun hanya duduk di rumah sebab itu sahaja pilihan yang kita ada sampai semua ini (Covid-19) berakhir,” ujarnya.

Aidil berkahwin dengan Fasha pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya itu yang ke-35. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI