PETALING JAYA – Tabung Haji (TH) memberi jaminan bahawa pelaksanaan Surujahanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak akan mengganggu urusan harian pendepositnya mahupun urusan berkenaan operasi TH.
TH dalam satu kenyataan berkata, operasi harian agensi itu berjalan seperti biasa dan agensi itu kini berada pada landasan yang baik dengan kedudukan kewangan lebih kukuh dan stabil.
“TH juga akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit dimana lebih 80 peratus transaksi kewangan dilakukan secara dalam talian.
“Keyakinan dan kepercayaan ini adalah satu amanah yang amat berat dan TH perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik dan mengukuhkan tadbir urus dan operasinya bagi menjaga kepentingan pendeposit,” jelas kenyataan tersebut di sini hari ini.
Mengulas lanjut, TH berkata, pihaknya akan mengesyorkan beberapa jaminan kepada 8.3 juta pendeposit antaranya hak mutlak pengurusan dan operasi haji terus kekal bersama TH.
Selain itu, TH juga memberi jaminan kerajaan ke atas deposit di TH di bawah seksyen 24 Akta Tabung Haji tahun 1995 terus kekal untuk kepentingan para pendeposit.
“TH memaklumkan penglibatan agensi dalam sektor ekonomi berdasarkan tadbir urus pengurusan serta penambahbaikan dari segi tadbir urus, pengurusan, operasi, dan pelaburan untuk kepentingan para pendeposit.
“TH juga terus kekal relevan melalui usaha serta inisiatif ini dan akan berkerjasama juga terlibat dalam kajian Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia demi kepentingan para pendeposit dan TH sendiri,” katanya.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929