fbpx

‘Elok tangkap, kompaun atau sumbat dalam penjara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Orang ramai menyambut baik arahan terbaharu pihak berkuasa yang melarang individu menggunakan dokumen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri bermula hari ini.

Menurut mereka, sebelum ini ramai yang telah menyalahgunakan dokumen untuk ulang alik ke kampung sehingga mencetuskan kes dan kluster baharu.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati, orang ramai menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang menyalahgunakan surat kebenaran berkenaan untuk pulang ke kampung.

“Elok tangkap, kompaun atau sumbat dalam penjara je yang suka menipu ni. Sebab sikap degil seperti inilah tercetusnya kes baharu dan kluster baharu di kampung,” kata Man Ronda.

Turut meninggalkan komen pada laman Facebook adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Aku Pakgard.

“Jangan kerana kamu yang salah gunakan surat MITI itu semua orang yang memang terpaksa bekerja dengan kebenaran MITI susah untuk pergi kerja.

“Gunakan surat itu untuk hal kerja, bukan balik kampung untuk beraya, tolong jangan pentingkan diri sendiri” ujarnya.

Pada masa sama, orang ramai turut memaklumkan arahan tersebut sedikit lewat kerana sudah ramai yang telah sampai ke kampung untuk menyambut hari raya dengan keluarga.

“Sudah ramai yang terlepas balik, doa doa la supaya anda bukan penyebab kematian mak ayah suatu hari nanti dan bukan penyebab kluster yang akan menyusahkan frontliners di sana.

“Paling sadis anda penyebab kematian orang lain yang tiada kaitan, doalah banyak-banyak,” kata Kp Ladyhira.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan supaya dokumen yang dikeluarkan MITI tidak dibenarkan diguna untuk merentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini.

Beliau berkata, arahan tersebut bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada salah guna surat kebenaran MITI sebagai kelulusan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kata Acryl, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan tersebut akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI