fbpx

Polis siasat video sekumpulan individu makan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan sekumpulan individu berkumpul untuk makan durian yang disyaki berlaku di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Polis akan menjalankan siasatan berhubung tular video di aplikasi WhatsApp sekumpulan individu yang berkumpul makan durian di bandar raya ini.

Perbuatan yang dirakam dalam video pendek itu dipercayai berlaku di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini yang menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak 20 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 3.41 petang tadi.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung laporan tersebut berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

“Kita sudah menerima laporan berhubung video yang tular memaparkan sekumpulan individu yang berkumpul.

“Polis sedang mengenal pasti sama ada petugas di PPV terbabit terlibat dalam video berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata kes akan disiasat dibawah peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI