fbpx

Netizen tak keruan lihat anak bujang Edika Yusof memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDIKA YUSOF dan anak lelakinya, Fardeen.

PETALING JAYA – Gara-gara memperlihatkan aksi anak bujangnya sebagai ‘cef’ dalam sebuah video memasak di dapur, ruangan komen Instagram pelakon tampan Edika Yusof dibanjiri komen-komen nakal daripada netizen.

Menerusi hantaran video berkenaan, Edika berkongsi video anak keduanya, Fardeen Nasrulhaq, 17, sedang menyediakan menu masakan sambal udang petai dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai apron.

“Hari ini giliran anak lelaki saya, Fardeen masak sambal udang petai. Berdengung!” tulisnya pada kapsyen dalam hantaran video tersebut.

Berbekalkan wajah yang kacak seperti bapanya, video masakan oleh Fardeen pantas menarik perhatian netizen termasuk rakan artis dalam Instagram. Masing-masing meninggalkan komen mengusik anak bujang pelakon yang pernah terkenal menerusi filem Maria Mariana itu.

“Masakan tak sedap pun jadi sedap sebab anak bujang ‘sado’ yang masak. Baju mana?” soal pelakon Zila Bakarin.

“Sambal bertambah sedap bila orang yang masak kacak. Tapi sayang saya tidak makan petai,” kata seorang pengguna Instagram.

“Untunglah siapa yang dapat berkahwin dengan anak Edika. Kacak orangnya,” komen seorang lagi netizen.

Dalam video tersebut, pelakon berusia 54 tahun itu turut memberitahu bahawa petai yang dimasak anaknya telah dibeli secara dalam talian dari Kedah.

Sekadar info, Edika sebelum ini pernah hilang seketika dari radar dunia hiburan sebagai pelakon kerana memberi tumpuan untuk menjaga isterinya, Norhidayah Yusri, 43, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.

Selain Fardeen, Edika turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, 23 dan Fereena Nurulhaq, 16. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI