fbpx

Lebih 14 juta dos vaksin sudah diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lebih 14 juta dos vaksin telah diberikan setakat semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan sejak 24 Februari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui Twitternya berkata, sebanyak 14,002,324 juta dos telah diberikan setakat semalam di seluruh negara di mana 9,570,974 daripadanya adalah dos pertama manakala 4,431,350 pula bagi dos kedua.

Dalam pada itu Adham berkata, seramai 380,440 individu telah menerima vaksin semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 253,830 menerima dos pertama manakala 126,610 lagi adalah penerima dos kedua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI