fbpx

Larangan main muzik elak pengunjung melepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mykonos menarik lebih daripada sejuta pelancong pada setiap kali musim panas. – Kimkim

MYKONOS, GREECE – Pihak berkuasa Greece menguatkuasakan sekatan Covid-19 terbaharu yang melarang restoran dan bar daripada memainkan muzik di pulau pelancongan popularnya, Mykonos, lapor laman berita Sky News semalam.

Kementerian Perlindungan Awam Greece berkata, larangan tersebut turut dikuatkuasakan ke atas kedai, kafe serta bar di tepi pantai.

Selain itu, peraturan perintah berkurung pada waktu malam turut dilaksanakan dengan penduduk pulau itu hanya dibenarkan untuk pergi ke hospital atau bekerja antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

“Kami menggesa penduduk, pelancong dan pekerja profesional di pulau ini agar mematuhi semua peraturan yang ditetapkan,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Mykonos, Konstantinos Koukas berkata, peraturan seumpama itu yang dilaksanakan ketika waktu puncak musim pelancongan disifatkan sebagai tidak adil dan salah.

“Mykonos tidak boleh menjadi satu-satunya pulau di mana alunan muzik dilarang.

“Dengan perlaksanaan peraturan seperti ini, para pelancong akan berasa bosan dan memilih bercuti ke pulau lain,” tulisnya pada akaun Facebook miliknya.

Dikenali sebagai sebuah pulau untuk berparti dalam kalangan pelancong yang kaya-raya, Mykonos merupakan satu daripada destinasi popular di Greece yang menarik lebih daripada sejuta pelancong pada setiap kali musim panas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI