fbpx

Larangan bunyi siren ambulans, elak penduduk cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda yang diletakkan di tepi jalan di kampung Desa Keputih bagi memberi peringatan kepada ambulans yang melalui kawasan tersebut. – Beritajatim.com

JAKARTA – Penduduk di sebuah perkampungan di Surabaya menggesa ambulans atau van jenazah yang melalui kawasan perkampungan mereka agar tidak membunyikan siren bagi mengelakkan perasaan cemas dalam kalangan masyarakat setempat, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Gesaan yang dibuat penduduk Desa Keputih itu dilakukan susulan lokasi kampung tersebut yang menjadi akses utama kepada van jenazah yang membawa mayat pesakit Covid-19  menuju ke kawasan perkuburan khas berdekatan.

Jika sesiapa yang melalui kawasan kampung itu, mereka dapat melihat satu papan tanda besar yang memberi peringatan agar ambulans tidak membunyikan siren.

“Anda memasuki kawasan kampung Desa Keputih. Pertama, ambulans atau van jenazah diminta mematikan siren.

“Kedua, penghantar jenazah diminta agar tidak berkelakuan sombong. Jangan ganggu ketenteraman penduduk setempat,” tulis papan tanda tersebut.

Sementara itu, menurut seorang penduduk setempat, Misiani, sebelum peringatan itu dikeluarkan, penduduk kampung berasa cemas setiap kali terdapat ambulans yang melalui kawasan kampung itu.

“Sejak kebelakangan ini, mungkin ada hampir seratus ambulans yang melalui kawasan kampung ini dalam sehari. Jika pada waktu malam, ia amat menyeramkan.

“Jadi, peringatan itu adalah sebagai tanda protes penduduk kampung ini yang sering berasa ketakutan kerana terdengar bunyi siren ambulans,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI