fbpx

Kilang bantal kekabu musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang bantal hangus dijilat api di Tasek Gelugor hari ini. - Foto IHSAN JBPM

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang membuat bantal di Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.07 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu membabitkan mesin serta bahan menghasilkan bantal seperti kain dan kekabu menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Tiada mangsa terlibat, namun kebakaran telah memusnahkan hampir 70 peratus bangunan kilang berkeluasan kira-kira 557 meter persegi tersebut.

“Bomba telah dapat mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan sekitar dan setakat ini usaha memadam kebakaran masih berjalan,” katanya sebentar tadi.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Operasi berkenaan membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Bertam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI