fbpx

Jumlah pemain permainan digital meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maizatul Hayati (berdiri) akui ramai remaja beralih ke permainan video berikutan tempoh terkurung di rumah begitu lama.

PETALING JAYA – Penyelidik permainan digital mengesan berlaku peningkatan jumlah permainan digital dan kadar masa yang diperuntukkan oleh remaja untuk bermain permainan digital semasa pandemik Covid-19.

Pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim berkata, keadaan itu bagaimanapun bukan sesuatu yang memeranjatkan berikutan generasi Y, Z dan Alfa kini dipengaruhi dengan percambahan teknologi yang sesuai dengan peredaran masa.

“Gen X kini rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu bapa yang majoritinya turut memberi galakkan serta dorongan kepada anak-anak mereka dalam memberi kebebasan memilih minat dan cara mengisi masa lapang.

“Justeru, ibu bapa harus mempertimbangkan had masa bermain permainan digital dalam kalangan anak-anak mereka dan membantu anak-anak mereka bagaimana memupuk kemahiran pengurusan masa dan peraturan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, masih ada ibu bapa yang bimbang dengan perkembangan mendadak dalam bidang permainan digital sama seperti ketika televisyen diperkenalkan pada era 60-an.

“Kita tidak dapat menafikan kewujudan lebih banyak teknologi yang digunakan terutamanya teknologi yang melibatkan perisian aplikasi dan media sosial yang menampilkan kegilaan generasi kini.

“Gen Alfa kini menggunakan media sosial berbeza daripada ibu bapa mereka seperti kecenderungan kepada TikTok dan Instagram berbanding media sosial pilihan ibu bapa mereka iaitu Facebook dan Twitter,” jelasnya.

Beliau berkata, peningkatan kemudahan teknologi komputeran dan penerimaan golongan generasi muda terhadap permainan digital juga menyebabkan industri permainan digital berkembang secara drastik. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI