fbpx

Individu rentas negeri tidak dibenarkan solat Aidiladha di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
TUANKU Syed Faizuddin

ARAU – Perlis tidak membenarkan mana-mana individu yang merentas negeri termasuk berulang alik bekerja setiap hari untuk menunaikan solat Aidiladha di tanah lapang masjid pada Selasa ini.

Larangan tersebut turut melibatkan ahli keluarga yang tinggal bersama melainkan individu terbabit telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, bagi kariah Kota Raja Arau, solat Aidiladha akan diadakan di Dataran Istiadat Istana Arau bermula pukul 8 pagi bagi sesi pertama.

“Manakala bagi sesi kedua sekiranya berlaku limpahan akan ditunaikan di pekarangan Masjid Negeri Arau pada pukul 9 pagi.

“Sekiranya berlaku keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat, maka satu sesi solat sahaja akan didirikan di masjid-masjid berdasarkan kapasiti maksimum dengan penjagaan SOP ketat pada pukul 8.30 pagi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Kampung Binjal di sini hari ini.

Sumbangan bernilai RM11,600 itu diagihkan melalui amil kariah masjid itu, Shahrizan Abu untuk diagihkan kepada 29 asnaf terpilih dalam kalangan kariah masjid tersebut dengan masing-masing menerima RM400 setiap seorang.

Seterusnya Tuanku Syed Faizuddin bertitah, bagi jemaah yang tidak dapat menunaikan solat Aidiladha di masjid boleh menunaikannya di rumah seperti panduan dan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti negeri. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI