fbpx

Greenwood sedia tebus kecewa musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD mengakui bahawa Rooney adalah idolanya dan bersedia untuk mendapatkan nasihat daripada legenda United itu. – AFP

MANCHESTER – Penyerang muda Manchester United, Mason Greenwood sedia menebus kekecewaan musim lalu dengan membantu pasukan itu memenangi beberapa kejuaraan pada kempen 2021/22 yang akan datang.

The Red Devils mengharungi musim yang agak mengecewakan musim lalu apabila sekadar muncul naib juara Liga Perdana Inggeris selain tewas kepada Villarreal pada perlawanan akhir Liga Europa.

Justeru, Greenwood berharap dia dan rakan sepasukan mampu mencari semangat baharu pada saingan musim ini, sekali gus menampilkan aksi lebih baik sebaik sahaja sai­ngan 2021/22 membuka tirainya nanti.

“Kami adalah Manchester United, jadi kami perlu memenangi lebih banyak trofi, sesuai dengan reputasi yang dimiliki pasukan ini. Itu adalah sasaran kami apabila tiba pada penghujung musim nanti.

“Pada musim lalu, kami hanya kurang bernasib baik kerana tewas tipis kepada pa­sukan pencabar dalam setiap pertandingan. Saya berharap musim baharu nanti membawa tuah untuk kami,” kata pemain berusia 20 tahun itu.

Selain itu, dia juga sedia menjadikan legenda United, Wayne Rooney sebagai sumber inspirasi dalam usahanya membantu pasukan tersebut kembali ke prestasi sebenar sama seperti ketika era Alex Ferguson.

“Sudah tentu saya memilih untuk meminta nasihat daripada Wayne Rooney kerana beliau adalah legenda dan penja­ring terbanyak pasukan ini. Saya yakin beliau boleh bantu saya jadi seorang pemain lebih baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI