fbpx

Gotong-royong pengebumian cetus kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Majlis pengebumian yang dilakukan secara gotong-royong di sebuah kampung di Pos Iskandar di Bera menjadi punca tercetusnya satu kluster baharu, hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah berkata, kluster terbabit dikenali sebagai Kluster Pos Iskandar yang mula dilaporkan hari ini.

“Setakat ini seramai 221 individu telah disaring dan 36 daripadanya didapati positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahari, nama kluster terbabit merujuk kepada lokaliti disyaki berlaku penyebaran wabak iaitu di tiga kampung dalam Pos Iskandar manakala kes indeks adalah seorang lelaki rakyat tempatan disahkan positif Covid-19 pada 3 Julai lalu.

Katanya, terdapat kematian berlaku di hadapan rumah kes indeks pada 8 Julai lalu dan keluarganya telah pergi menghadiri serta menguruskan gotong-royong majlis pengebumian yang turut dihadiri ramai penduduk kampung.

“Pada masa sama terdapat tiga individu yang pulang ke Pos Iskandar dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Bentong serta didapati positif Covid-19 pada 11 dan 14 Julai lalu.

“Tiga kes ini membuat saringan kerana menjadi kontak rapat kepada kes semasa aktiviti majlis pengkebumian dan hasil saringan kepada tiga kes positif ini mendapati 23 lagi kes positif Covid-19 seterusnya pengesanan kes secara aktif dilaksanakan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI