fbpx

Eyra Hazali pun tegur pasal artis tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYRA HAZALI

SEPANJANG minggu ini memang panas dengan kisah vaksin, tambah-tambah lagi apabila muncul beberapa selebriti tanah air dan orang awam yang aktif mempersoalkan keberkesanan vaksin dalam media sosial.

Bagi mereka, vaksin bukan cara terbaik untuk menangani penularan virus Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini, sebaliknya ada lagi ubat lain yang boleh sembuhkan Covid-19.

Disebabkan pendapat mereka itu, ramai juga yang kecewa termasuklah golongan artis lain.

Salah seorangnya ialah Eyra Hazali yang mempertikaikan mengapa terdapat pihak yang mengeluarkan pendapat berbaur hasutan mengenai keburukan vaksin.

“Aku tak nak mencarut tetapi kes semakin tinggi, kau hasut pula orang supaya jangan ambil vaksin sebab bercuti tidak bawa ibu bapa. Boleh pandai sikit tak? PKP kan? Banyakkan membaca, manusia ramai yang mati,” ciap Eyra baru-baru ini.

Kalau nak dikira, Eyra bukanlah siapa-siapa, bukan ada drama tengah meletup-letup pun, itu yang sibuk nak cakap juga pasal vaksin. Tapi Diva percaya Eyra pun rasa bahawa vaksin ini tanggungjawab bersama.

Daripada ciapan tersebut, kekecewaan yang dirasai Eyra memang jelas dapat dirasai. Ciapan tersebut mungkin juga sebagai teguran secara umum kepada semua yang menolak vaksin.

Sekarang pula ada varian baharu yang macam-macam bahayanya.

Satu hal lagi, orang yang tak nak vaksin ni, sensitif pula. Pantang kena kutuk atau kena jentik teruslah bertubi-tubi keluar dengan fatwa dan dalil. Koyak ke?

DIVA: Scha Elinnea semakin ‘laris’ nampaknya. Watak antagonisnya dalam drama Hatimu Sedingin Salju berjaya mengundang kebencian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI