fbpx

Emas kau tak ke mana dik – Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NING BAIZURA meluahkan rasa tidak puas hati dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ning Baizura berang dengan individu yang bersikap tidak peka dan sensitif terhadap golongan tidak berkemampuan.

Menerusi hantaran dalam Isntagram, Ning berkata, rakyat pada ketika ini amat memerlukan bantuan berbentuk keperluan hidup berbanding kebendaan dan material.

“Emas kau tidak ke mana dik. Baik berkongsi dengan orang yang tiada pekerjaan, makanan, tempat tidur dan wang. Produk kau tidak ke mana, setakat nak popular, kau nak mengalihkan mata masyarakat, konon-konon kau baik dan berubah.

“Kalau betul berubah tidak perlulah menjual pelbagai. Betul tak? Watak kau ini sudah klise, ramai orang sudah berniat yang sama, tapi Allahuakhbar. Perubahan tidak perlu penilaian di mata masyarakat. Kau buat saja perihal kemasyarakatan.

“Teruskan membantu dan ikhlas. Tidak usah nak shout out (berteriak) tutorial pelbagai. Kau tidak peka dan sensitif atau apa? Kau duduk di Malaysia atau luar negara? Aku doakan aku tidaklah terdesak macam kau,” tulisnya panjang lebar.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Lady Boss itu tidak menyatakan dan mendedahkan secara terpeinci mengenai individu yang dimaksudkan.

Pada hantaran sama, Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah menyatakan, meskipun dirinya tidak semegah individu tersebut, namun dia bersedia menghulurkan bantuan tanpa perlu menunjuk-nunjuk.

“Ya-Allah simpang jauhkan. Aku walaupun tidak sehebat emas kau, aku berkongsi apa saja yang aku ada, mampu dan boleh beri kepada orang yang memerlukan.

“Sebab rakyat Malaysia sekarang tidak memerlukan produk adik, itu kebendaan sementara sahaja. Rakyat Malaysia perlukan makanan dan tempat tinggal serta kerja. Biarlah berputih tulang, jangan berputih mata dan semangat!,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut bertanya siapakah individu yang dimaksudkan selain meninggalkan komen menyatakan tanda setuju dengan kenyataan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI