fbpx

ATM bersedia buka hospital medan bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri bertemu seorang warga emas yang mendapatkan vaksin di PPV, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol hari ini.

JEMPOL – Kementerian Pertahanan sentiasa bersiap sedia untuk membuka empat buah lagi hospital medan yang lengkap dengan doktor serta anggota paramedik sekiranya kemudahan itu diperlukan Kementerian Kesihatan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini pihak kementerian telah membuka enam buah hospital medan yang turut menyediakan kemudahan katil untuk merawat pesakit dan mesin ventilator bagi unit rawatan rapi (ICU).
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk membuka empat buah lagi hospital medan setelah kita dapat peruntukan daripada kerajaan. Kita telah dapatkan doktor secara kontrak seramai 30 orang dan paramedik seramai 100 orang untuk kita bersedia jika diperlukan.

“Hospital medan ini kita sedia pada bila-bila masa apabila ada permohonan daripada Kementerian Kesihatan. Setakat ini belum ada lagi permohonan,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – Pemberian Pandu Lalu Pekebun Kecil Risda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam menghadapi penularan Covid-19 , ATM bukan sahaja terlibat dalam pembinaan hospital medan, bahkan membantu dalam sekatan jalan raya (SJR), Ops Benteng dan proses penghantaran vaksin seperti di Sabah dan Sarawak.

“Kita bantu kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk bawa masuk vaksin dan anggota paramedik yang bertugas ke kawasan pedalaman yang sukar dihubungi sama ada dengan jalan raya atau sungai dan kita bawa dengan helikopter,” katanya.- K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI