fbpx

Atlet Uganda lari tinggalkan pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SSEKITOLEKO lari meninggalkan kem latihan kerana enggan pulang ke Uganda. - AFP

TOKYO – Atlet angkat berat Uganda, Julius Ssekitoleko yang hilang dalam kem latihan Olimpik kelmarin didakwa melarikan diri kerana ingin terus kekal di Jepun selepas dia meninggalkan sekeping nota di dalam bilik penginapannya.

Ssekitoleko dikatakan ‘hilang’ dan gagal dikesan sehingga kini selepas tidak hadir menjalani latihan di pusat latihan pasukan atlet Uganda, di Izumisano, Osaka.

Selepas melakukan pencarian, pegawai pasukan menemui sekeping nota ditinggalkan oleh atlet berusia 20 tahun berkenaan yang memaklumkan bahawa dia mahu kekal di Jepun untuk mencari pekerjaan tetap selepas mengakui menjalani kehidupan yang sukar di Uganda.

Ssekitoleko sebelum itu di­sahkan tidak memenuhi syarat untuk mengambil bahagian dalam temasya kali ini dan dija­dualkan kembali ke Uganda pada Selasa ini.

Pihak berkuasa bandar Izumisano, Hiroyasu Chiyomatsu berkata, pihaknya telah menerima laporan kehilangan atlet dan sudah membuat laporan polis.

“Salah seorang ahli delegasi gagal dikesan dan tidak dapat dihubungi. Bandar ini sudah melakukan pelbagai usaha untuk mencari individu berkenaan. Kami sudah membuat laporan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu laporan mengatakan, Ssekitoleko dikesan telah membeli tiket dengan menaiki kereta api laju ke Nagoya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI