fbpx

Anak gajah Pygmy Borneo ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai anak gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati di kawasan Ladang Sahabat Satu, Tungku kelmarin.

LAHAD DATU – Seekor anak gajah Pygmy Borneo ditemui mati di kawasan Ladang Sahabat Satu, Tungku kelmarin.

Bangkai gajah berkenaan ditemui seorang pekerja ladang sewaktu melakukan rondaan di kawasan terbabit kira-kira pukul 1 tengah hari.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Daerah Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pekerja berkenaan terus memaklumkan pengurus ladang tentang penemuan bangkai haiwan itu sebelum membuat laporan.

“Kita sudah menerima laporan berhubung penemuan bangkai itu.

“Sepasukan anggota kerja JHL kemudiannya bergegas ke lokasi penemuan dan pemeriksaan awal mendapati bangkai berkenaan adalah gajah yang berusia antara lima hingga tujuh tahun.
“Pemeriksaan ke atas luaran badan gajah jantan berkenaan setakat ini mendapati tiada kesan kecederaan.

“Bagaimanapun, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian haiwan berkenaan,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI