fbpx

16 Klinik Komuniti di Melaka ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 16 buah Klinik Komuniti di tiga daerah ditutup berkuat kuasa esok bagi kerja-kerja mobilasi kakitangan.

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menutup 16 buah Klinik Komuniti di tiga daerah bagi memobilisasikan kakitangan membantu pasukan pengurusan Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan itu akan berkuat kuasa esok sehingga tarikh yang diumumkan kelak.

Katanya, semua perkhidmatan klinik komuniti termasuk penjagaan luka akan dilakukan di Klinik Kesihatan berhampiran, manakala pesakit yang perlu mendapatkan rawatan selepas waktu pejabat boleh ke klinik yang menjalankan dua shif.

“Keputusan ini diambil sebagai strategi mengukuhkan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan awam dengan memobilisasi kakitangan termasuk dari Klinik Komuniti untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang lebih memerlukan.

“Ini termasuklah di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Saringan Covid-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta di fasiliti kesihatan lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun Klinik Komuniti Batang Melaka di daerah Jasin tidak ditutup kerana purata kedatangan harian melebihi 100 pesakit.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka turut mengambil langkah sama menutup Zon Hijau bermula esok selepas berlaku kesesakan dan kelewatan rawatan kepada pesakit yang datang bagi kes-kes ringan serta tidak kritikal. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI