PETALING JAYA – Walaupun negara berdepan wabak Covid-19 yang semakin serius, ternyata masih ada lagi pihak yang berdegil dan tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Hari ini, tular satu rakaman video di laman sosial memaparkan beberapa orang dipercayai penduduk kampung berkumpul dan makan beramai-ramai di tepi sungai.
Menurut individu yang memuat naik video itu di Facebook ‘Viral’ petang tadi, aktiviti itu dirakam di Kampung Sepakat Baru, Skudai di Johor.
Video itu mengundang kemarahan netizen dan dianggap tidak bertanggungjawab serta wajar dikenakan tindakan tegas.
“Boleh pula duduk ramai-ramai sambil makan tidak ikut SOP. Mana Kementerian Kesihatan (KKM)? keluarkan surat saman, duduk pula rapat (tanpa penjaran fizikal),” kata Che Man.
“Bila kena saman, cakap kerajaan zalim. Sedangkan diri sendiri yang zalim, orang lain patuh, kamu langgar SOP,” kata Syah Sony.
Sama seperti negeri lain, Johor kini berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai di satu-satu tempat tidak dibenarkan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929