fbpx

Trafik LPT1 dan KLK turun akibat larangan rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Anih Berhad menjangkakan jumlah trafik di kedua-kedua lebuh raya itu akan turun mendadak susulan larangan rentas negeri yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, untuk tempoh musim perayaan Hari Raya Aidiladha bermula 16 Julai hingga 25 Julai ini jumlah trafik di LPT1 dijangka menurun kepada 81.3 peratus dan 72.5 peratus penurunan di KLK.

“Syarikat mengambil maklum dan menghormati keputusan kerajaan mengenai larangan rentas negeri ketika ini.

“Bagaimanapun kami akan terus memastikan semua kemudahan lebuh raya termasuk di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah dan perkhidmatan tol serta trafik berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan ketika ini, Anih Berhad akan terus peka dalam memastikan operasi dan fasiliti di sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan terbaik bagi memastikan keselesaan pengguna ketika menggunakan KLK dan LPT 1.

Dalam pada itu katanya, bagi mengekang penularan wabak Covid-19, semua fasiliti di sepanjang KLK dan LPT1 turut mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi, sebagaimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia termasuklah proses sanitasi berkala dan penyediaan cecair pembasmi kuman serta peralatan merekod butiran diri dan alat pengimbas suhu badan.

“Dalam kita mensyukuri nikmat Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba jangan kita alpa untuk terus mematuhi SOP yang disarankan dalam usaha menghentikan rantaian wabak Covid-19,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI