fbpx

TMJ beri kata semangat buat Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail menzahirkan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit Lew menerusi platform Instagram miliknya malam semalam.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat buat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL).

Tunku Ismail memberi respons berkenaan susulan Ebit mengucapkan terima kasih di atas khabar pemergian ayah penceramah itu yang meninggal dunia Selasa lalu.

“Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat ustaz,” tulis Tunku Ismail menerusi Instagramnya malam semalam.

Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar berserta emoji jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.

Tunku Ismail antara watak penting yang menyokong usaha dakwah Ebit serta membantu rakyat yang ditimpa kesusahan.

Kata-kata semangat yang dizahirkan Tunku Ismail dikatakan mempunyai kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulis Caprice sekurang-kurangnya 13 hantaran di InstaStory petang semalam.

Menurut Caprice, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit, namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya penyokong Ebit.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI