fbpx

‘Terima notis saya pi bayar’ – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular didakwa Muhammad Sanusi memandu uji kenderaan di Auto City Juru di Bukit Mertajam bulan lalu.

LANGKAWI – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu beliau akan membuat pembayaran sebaik sahaja menerima notis kompaun daripada pihak polis.

Menurutnya, beliau setakat ini belum menerima kompaun tersebut.

“Saya tunggulah (kompaun), saya tunggu. Dah dapat notis saya pi (pergi) bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan polis akan mengeluarkan kompaun terhadap Menteri Besar Kedah itu dalam masa terdekat selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada bulan lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI