PETALING JAYA – Selangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) meskipun Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua negeri berkenaan tidak dilanjutkan, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai ambang tiga indikator utama di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dicapai sebelum beralih ke Fasa 2.
“Nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai tetapi kes masih tinggi manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) masih kritikal.
“Sebagai makluman, PKPD akan dikenakan terhadap lokaliti-lokaliti yang
merekodkan trend peningkatan kes Covid-19 yang mendadak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929