fbpx

Sambut Aidiladha di kediaman sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabli (kanan)menerima sumbangan barangan dapur dari Razman Zakaria sebelum diagihkan kepada penduduk di Apartment Tropicana Bukit Merah hari ini. - FOTO : WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Tiga lokaliti di daerah Kerian dilarang menyambut Aidiladha secara terbuka melainkan hanya di kediaman masing-masing berikutan kawasan tersebut diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini.

Pegawai Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, lokaliti tersebut adalah Apartment Tropicana Bukit Merah,Kampung Lubuk Binjai dan Kampung Tersusun Pondok Tanjung.

Menurut beliau, PKPD dilaksnakan susulan dua kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Solar Beriah dan Kluster Pondok Tanjung yang menjangkiti penduduk dan pekerja di kawasan itu.

“Seramai 175 penduduk di Apartmen Tropicana di kuarantin selepas beberapa pekerja dari tapak binaan Solar Beriah membabitkan warga asing dikesan positif Covid-19 dan turut menjangkiti penduduk selepas saringan dilakukan.

“Kampung Binjai dan Kampung Tersusun Pondok Tanjung pula, seramai 280 penduduk dikuarantin susulan seorang penduduk yang berkerja di kebun sayur di sini positif Covid-19 dan turut menjangkiti penduduk dua lokaliti lain,” ujarnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI