fbpx

Ruang tanah perkuburan Islam di KL mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Ruang tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur masih mencukupi bagi menampung urusan pengkebumian termasuk jenazah umat Islam yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun kelihatan agak terhad, ia masih mencukupi dan ia telah disahkan juga oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Setakat ini insya-Allah mencukupi, saya terfikir semalam dan bertanya kepada Pengarah JAWI berkenaan kubur-kubur terutamanya di Wilayah Persekutuan, keterhadan itu kelihatan.

“Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah ini jika perkara ini berterusan dari semasa ke semasa, kami akan sentiasa bersiap sedia kerana ia hak fardu kifayah mereka yang meninggal dunia,” katanya.

Tambah Zulkifli lagi, isu ruang tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan akan diteliti oleh pihaknya dengan serius.

“Sebahagian lagi negeri yang jumlah kematiannya kecil, kemungkinan tiada masalah terutama negeri-negeri yang besar tanahnya, tapi di Wilayah Persekutuan kita kena tengok dengan lebih serius

“Kaji semua aspek, termasuk jumlah kematian, tempat yang akan dikebumikan, begitu juga kawasan yang telah diperuntukkan dan suasana sebenar keadaan pandemik covid masa kini apakah trend meningkat ataupun mula surut,” katanya lagi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI