fbpx

Polis Perak rekodkan pergerakan PJJ masuk ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH-Kemasukan kenderaan ke Kelantan menggunakan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik meningkat berbanding kebiasaan dipercayai untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bagaimanapun berkata, semua kenderaan berkenaan mempunyai kebenaran untuk merentas dengan kebanyakannya melibatkan pasangan jarak jauh (PJJ).

Katanya, perjalanan melibatkan PJJ itu kebanyakannya dari Pulau Pinang selain Perak dan Perlis yang berada dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Terdapat sedikit peningkatan antara satu ke dua peratus jumlah pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 9 JRTB Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey.

“Kebanyakan pengguna jalan raya yang merentas negeri ke Kelantan adalah atas urusan perhubungan jarak jauh dari negeri Fasa Kedua PPN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kenderaan-kenderaan yang bergerak atas urusan ekonomi itu juga mempunyai kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi berkaitan.

Katanya, semakan juga mendapati, pergerakan ke Kelantan itu juga atas urusan temujanji hospital dan juga vaksinasi.

“Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan yang memasuki negeri Perak tidak menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Pemeriksaan lebih rapi akan dijalankan di SJR di sempadan negeri di mana kita akan mengeluarkan kompaun serta mengarahkan berpatah balik sekiranya didapati pergerakan itu tidak mempunyai surat kebenaran,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI