fbpx

PM arah KKM lebih bersedia hadapi varian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya lebih bersedia untuk menerima kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berikutan dunia sedang mencatatkan trend kenaikan kes-kes Covid-19 dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas.

Beliau bagaimanapun berkata, data-data menunjukkan kes-kes Covid-19 yang serius mencatat penurunan ketara dengan pemberian vaksin.

Dengan memberi contoh pesakit dalam kalangan kumpulan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Perdana Menteri berkata, trend kemasukan ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif kategori 4 dan 5 menunjukkan penurunan melebihi 50 peratus dalam tempoh sebulan lepas.

“Begitu juga bagi petugas KKM di mana didapati hanya 1.26 peratus dalam kalangan petugas KKM dijangkiti Covid-19 selepas lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 99.8 peratus daripada mereka pula hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala dan tiada yang mengalami Covid-19 kategori 5,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberi contoh vaksinasi di Labuan iaitu tempat di mana varian Delta (sublineage B.1.617.2) mula dikesan di negara ini.

Menurutnya, hasil tindakan segera kerajaan menambah bekalan vaksin di Wilayah Persekutuan itu menyaksikan jumlah kes positif dan kes kematian akibat Covid-19 dapat dikurangkan dengan peningkatan kadar vaksinasi.

Selain itu, katanya, penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa lebih 90 peratus kes positif Covid-19 di negara ini adalah dalam kategori satu dan dua agak melegakan.

“Ini bermakna, kebanyakannya adalah tidak bergejala atau bergejala ringan yang mampu untuk pulih semula,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI