fbpx

Perak FC bangkit ikat The Red Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Perak FC II, Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan (kanan) mengawal bola dari pemain Kelantan Fc, Christian Intzidis (kiri) Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

IPOH- Perak FC II bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Kelantan FC 1-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Mohamad Aizat Safuan Razali muncul wira tuan rumah apabila menjaring gol penyamaan pada minit ke-67.

Pelawat mendahului melalui jaringan Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-55.

Dalam perlawanan tadi, anak buah Syamsul Mohd Saad mempamer persembahan yakin dan berjaya membawa cabaran kepada Kelantan.

Corak pantas dengan hantaran tuan rumah nyata berkesan untuk menekan pelawat tetapi gagal menyudahkan peluang.

Kelantan FC yang lebih banyak bertahan cuba melancarkan serangan balas yang berjaya dipatahkan oleh benteng tuan rumah.

Babak kedua menyaksikan perubahan corak kedua-dua pasukan yang berbalas serangan.

Kelantan akhirnya berjaya menjaring gol pendahuluan apabila Nurshamil Abd Ghani jaring gol hasil sepakan sudut.

Gol itu nyata menyentak pemain Perak II yang bangkit melancarkan serangan balas.

Kesungguhan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Mohamad Aizat Safuan Razali menewaskan penjaga gol pelawat, Nik Mohd Amin Ahmad melalui sepakan jarak jauh dari 30 meter pada m-69 untuk mengikat kedudukan.

Kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol kemenangan tetapi tidak berhasil hingga ke wisel penamat. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI