KLANG – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Bandar Botanik di sini bakal ditutup selepas beroperasi hampir lima tahun susulan ketiadaan geran bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Pengerusinya, Datuk Nor Shabudin Monil, geran tersebut tertunggak sejak bulan April tahun ini sehingga menyukarkan pembayaran utiliti dan gaji pekerja.
Katanya, turut terkesan adalah elaun kepada 33 pelatih iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Berdasarkan maklumat daripada lain-lain PDK di negeri ini hanya PDK di bawah seliaannya sahaja belum menerima geran tersebut.
“Sekiranya, geran tidak diterima lagi akan menyebabkan operasi PDK terpaksa ditutup,” katanya kepada pemberita di PDK Bandar Botanik hari ini.
Nor Shabudin menjelaskan impak kelewatan geran juga mengakibatkan keluarga anak OKU semakin tertekan susulan ketiadaan elaun sebanyak RM150.
“Terdapat 26 anak OKU dengan tujuh daripadanya terlantar dan memerlukan bantuan sewajarnya,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929