fbpx

‘Mesti ada sebab Allah tak buka jalan’ – Nabila Huda nasihat Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA menjadi salah seorang selebriti yang turut memberi perhatian terhadap isu membabitkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew.

PETALING JAYA – “Mesti ada sebab mengapa Allah SWT tak buka jalan tetapi kenapa buka aib orang lain.”

Itu antara respons pelakon versatil Nabila Huda Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Abil dalam bebenang ciapan Twitter berhubung isu penyanyi rap, Caprice yang sedang hangat diperkatakan dalam media sosial sejak semalam.

Menerusi ciapan tersebut, Abil meminta Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli reda dan menerima realiti meskipun tidak diberi peluang untuk memasuki sempadan Gaza, Palestin.

“Apa kau buat ni dik, hancur hidup dan masa depan. Kita biar terkenal sebab bakat dan kebaikan bukannya kerana kebodohan atau kesilapan berulang.

“Jika tidak lepas, reda. Mesti ada sebab Allah SWT tak buka jalan tetapi kenapa buka air orang lain. Kau beria cerita tentang kemanusiaan, akhirnya kau yang pecah-belahkan sesama Islam sehingga timbulkan fitnah,” tegur pelakon filem Mama itu.

Dalam ciapan lain, Abil turut menasihatkan agar para selebriti tanah air sentiasa menjaga adab dan tidak bersikap kurang ajar dengan orang lain.

“Jangan kurang ajar dan sentiasa merendah diri kerana semua ini perlu ada dalam diri barulah hidup aman.

“Inilah dia orang yang tak pernah dapat perhatian sehebat begini. Benda inilah yang saya sentiasa ingat walaupun sudah terkenal.

“Lepas tu nanti keluarkan kenyataan kemurungan. Kau yang buat hal tetapi tidak boleh terima kecaman teruk. Cuba kalau pada mulanya tiada masalah, maka tiadalah kecaman,” katanya lagi.

Selain itu, dia turut membuat ciapan berbaur perli yang ditujukan kepada Caprice mengenai pengakuannya mengambil pil tidur hari ini.

“Drama sudah bermula, makan pil tidur sebab penat berfikir pasal Palestin dan berjihad.

“Berjihad untuk negara sendiri dululah, kemudian minta maaf lepas itu nak hubungan baik seperti dahulu. Nasi sudah jadi bubur, selamat berjaya,” tulis anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Seacrh itu.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Caprice menepis dakwaan mengatakan dia mengalami kemurungan namun mengaku mudah marah sekiranya jihad yang dilakukannya diganggu pihak lain.

Sejak semalam, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas mendedahkan usaha untuk memasuki Gaza tidak berjaya kerana campur tangan pihak lain.

Malah, dia turut mendedahkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew (UEL) telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Kosmo! pada 24 Jun lalu melaporkan Caprice terbang seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang telah lama diimpikannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI