PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menegaskan komitmen menegakkan keadilan dan menghukum pelaku terlibat dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.
Menerusi kenyataan bersama Menteri Luar dengan Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine, mereka turut menzahirkan ingatan simpati terhadap waris mangsa terbabit.
“Walaupun tiada apa dapat mengembalikan nyawa yang terkorban dan kedukaan keluarga mangsa, kami komited cari kebenaran dan keadilan dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Mengulas lanjut, kenyataan bersama sempena ulang tahun ketujuh MH17 itu turut mengulangi keazaman semua negara terlibat Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) demi keadilan mangsa.
“Kami juga mempunyai keyakinan penuh ke atas prosiding jenayah yang bebas, terbuka dan tidak berat sebelah terhadap dalang terbabit atas dakwaan kes pembunuhan tersebut,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929