fbpx

Lelaki rugi RM10,000 diugut sebar video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tidak menyangka perkenalannya dengan seorang wanita warga asing melalui aplikasi mencari jodoh Tantan berakhir dengan mimpi ngeri apabila diugut untuk disebarkan videonya beronani menyebabkan dia kerugian RM10,000, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis menerima laporan jenayah pemerasan melalui aplikasi telefon bimbit dibuat mangsa sekitar pukul 7.18 malam selepas mengaku berkongsi ID daripada aplikasi LINE dengan wanita tersebut.

“Ketika berbual dengan suspek di dalam aplikasi itu, mangsa telah diperkenalkan dengan rakan suspek yang lain dan telah diminta memuat turun satu aplikasi dengan memasukkan kod jemputan.

“Selepas memuat turun aplikasi tersebut, mangsa mendapati telefon bimbitnya secara tiba-tiba tidak berfungsi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, keesokan hari mangsa telah menerima video dia sedang beronani yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi LINE dan percaya video tersebut diperoleh suspek daripada memori telefon bimbitnya.

“Mangsa yang berusia 23 tahun itu diugut agar memasukkan wang ke dalam akuan bank tempatan atas nama seorang lelaki, jika tidak mahu video berkenaan disebarkan.

“Oleh kerana terlalu takut, mangsa telah melakukan empat transaksi bank dengan memindahkan wang berjumlah RM10,000 ke akaun yang diberikan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan modus operandi penjenayah melakukan pemerasan wang di era teknologi maklumat dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI