Oleh DIANA SURYA ABD. WAHAB
KUANTAN – Jumlah kes harian Covid-19 tidak pernah dimanipulasi oleh kerajaan dan ia adalah berdasarkan data sebenar yang diambil untuk hebahan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkongsian bilangan, pecahan dan kategori yang dilapor setiap hari dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui situasi sebenar wabak koronavirus di seluruh negara.
“Kerajaan tidak simpan dan sorok (maklumat), kalau rakyat perhatikan dan lihat semua mengenai kes Covid-19 didedahkan kepada umum.
“Kita yakin sistem kesihatan di negara ini masih mampu menangani kes Covid-19 buat masa ini. Jika dilihat sudah banyak negeri beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN),”katanya dalam sidang akhbar secara maya selepas melancarkan Program e-Tuisyen Indera Mahkota di sini hari ini.
Menurut Saifuddin, rakyat tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes positif kerana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sedang giat dijalankan bagi mengurangkan risiko jangkitan di negara ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929