fbpx

Firdaus Wong sokong Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Facebook Firdaus semalam.

PETALING JAYA – Isu Penyanyi rap dan usahawan, Caprice yang sedang kecoh di media sosial susulan kenyataan yang dilihat seakan tidak berpuas hati dengan seorang pendakwah terkenal semakin rancak apabila Pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung menyatakan sokongannya terhadap Caprice.

Firdaus melalui laman Facebooknya semalam berkata, dia tahu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, tabah menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat.

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” katanya.

Firdaus turut memuatnaik beberapa tangkap layar memaparkan hantaran di laman Instagram dan Insta Story Caprice yang mendakwa mahu membongkar apa yang berlaku ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Dalam hantaran berbeza, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, antara yang menyokong dan menasihatkan supaya mereka tidak bergaduh mengenai bantuan kepada penduduk negara luar terutama sekali ketika Malaysia sendiri kini berdepan pandemik Covid-19.

“Pada saya ini bukan isu siapa salah siapa betul. Kalau kita terlalu taksub memang tak akan nampak pencerahannya. Lapangkanlah dada untuk menerima. Lagipun, di Gaza itu pun saudara kita juga. Tidakkah kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan mereka?,” kata Abdullah Mohd.

“Rasanya tak perlu kot sebagai orang agama yang menjadi idola orang ramai untuk terlibat dalam isu yang belum nampak degan jelas. Tiba-tiba dengan yakin terus buat sokongan secara terbuka. Hati-hati,” kata Burn Abu Bakar.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusian itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI