SEBERANG PERAI – Tindakan tidak bertanggungjawab individu membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya kini diperhatikan apabila Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membuat pemantauan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV).
Sistem yang dikenali sebagai Catch You itu menggunakan teknologi tenaga solar hasil kerjasama pintar di antara MBSP dengan sebuah syarikat berasaskan teknologi, Happy Icon.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, buat permulaan, empat lokasi telah dipilih untuk pemasangan CCTV mudah alih itu iaitu di Jalan Bagan Belat di Telok Air Tawar, Jalan Paya Keladi di Kepala Batas, Kuala Bekah di Penaga dan Jalan Permatang Nibong di Bukit Mertajam.
“Tujuan asal tong komunal disediakan oleh MBSP adalah untuk kegunaan penduduk kampung melupuskan sisa pepejal domestik manakala sisa pepejal industri sepatutnya dibuang ke Tapak Pelupusan Pulau Burung di Nibong Tebal.
“Namun, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk turut sama membuang sisa pepejal industri di sini, tahap kebersihan di sekitar tapak tong komunal ini menjadi kurang memuaskan, malah ada sampah yang dibuang di luar tong begitu sahaja,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929