fbpx

Balai Polis Kuala Sungai Baru ditutup, pegawai positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Kuala Sungai Baru

ALOR GAJAH – Balai Polis Kuala Sungai Baru, di sini ditutup serta-merta bermula hari ini selepas beberapa pegawai di balai tersebut dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, balai berkenaan akan tutup sehingga 26 Julai depan bagi membolehkan kerja-kerja desinfeksi dilakukan.

“Ekoran beberapa pegawai di Balai Polis Kuala Sungai Baru telah dijangkiti Covid-19, kita telah menutup balai berkenaan pada pukul 2 petang tadi sehingga 26 Julai depan.

“Segala urusan termasuk permohonan pengeluaran permit rentas daerah dan negeri boleh dilakukan di Balai Polis Lubok China Dan Balai Polis Masjid Tanah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, bagaimanapun perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran balai tersebut seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI