fbpx

Apa khabar orang Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang Shah Alam yang mendapatkan penilaian jangkitan Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini.

Kelmarin kes di Selangor sahaja melonjak ke angka 6,000 dalam tempoh sehari.

Ramai tersentak, terkejut dan ada juga yang sudah boleh jangka angka kes Covid-19 semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Ramai juga bimbang jumlah kes harian 13,000 nanti boleh mencecah 20,000.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyatakan minggu lalu, kes tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur disebabkan saringan besar-besaran Covid-19 di beberapa lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Sama-sama kita doakan angka kes Covid-19 sehingga 20,000 sehari tidak berlaku di negara kita yang disayangi ini.

Melihat kepada komen-komen orang ramai di media sosial rata-rata tersentak dengan kes harian di negara kita boleh pecah rekod sampai 13,000.

Mereka menganggap duduk di rumah hampir dua bulan adalah sia-sia dan tidak membantu kepada penurunan kes harian terutama di Selangor.

“Sia-sia aku duduk di rumah dengan baca banyak berita hampir setiap hari ada yang bunuh diri, tidak cukup makan tetapi kes tetap tidak turun.

“Hilang kerja, gaji kena potong, tertekan tengok bil kena bayar, sampai bila kena duduk rumah begini.”

Itulah antara luahan sopan pengguna media sosial yang merintih mengenai kesudahan episod berkurung selama dua bulan ini.

Betul kata mereka, sampai bila kita kena berkurung begini, pada pandangan peribadi penulis, jawapannya mungkin beberapa bulan lagi.

Jika benar beberapa bulan lagi, apa yang dibimbangkan, pelajar sekolah terutama kelas tadika dan tahap satu akan terus ketinggalan dalam pelajaran.

Penulis ada terdengar luahan seorang guru dalam sidang video secara tidak sengaja meluahkan kebimbangan anak muridnya tidak sempat habis sukatan pelajaran pada tahun ini.

“Cikgu bimbang tidak tahu macam mana nak ajar awak semua, banyak lagi tidak sempat ajar,” kata guru itu.

Ya semua tertekan, guru-guru, ibu bapa malah murid-murid yang belajar melalui siaran langsung Google Meet. Siapa yang tidak faham akan tidak faham sampai sudah.

Penulis juga kasihan dengan seorang rakan warga Indonesia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negara ini, apabila suaminya yang juga buruh pembinaan telah tiada sumber pendapatan.

“Keluarga di Indonesia minta duit, suami tiada gaji, sekarang dia tanam ubi kayu tepi flat, saya seorang yang kerja cuci jalan sekarang,” katanya mengadu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI