KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan bagi Julai dan Ogos kepada 9,571 premis yang disewa oleh peniaga di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu bertujuan meringankan beban golongan peniaga kecil yang terjejas akibat penularan jangkitan Covid-19 ketika ini.
Katanya, pengecualian itu diberikan kepada premis disewa milik kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melibatkan peruntukan sebanyak RM3.29 juta.
“Bantuan itu diberikan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Negeri Kelantan 2021.
“9,571 buah premis itu disewa oleh peniaga kecil itu melibatkan 12 PBT di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929