fbpx

38,754 orang terima vaksin melalui Movac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALIMAH Mohamad Sadique (kiri) dan Sulaiman Md. Ali melihat proses vaksinasi di dalam bas bergerak pada program Movac Japerun Kuala Linggi, Alor Gajah, Melaka. Foto : MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Seramai 38,754 orang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movac) sejak dilancarkan pada Jun lepas.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata, daripada jumlah itu seramai 2,991 orang telah menerima suntikan menggunakan bas bergerak yang telah diubah suai untuk menjalankan vaksinasi.

Menurut beliau, selepas Johor dan Melaka, Movac akan bergerak ke negeri-negeri lain secara berperingkat bagi mempercepatkan lagi kadar pemberian vaksin terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

“Movac peringkat negeri akan diuruskan kerajaan negeri melibatkan aspek koordinasi serta mengenal pasti lokasi yang difikirkan sesuai. Program ini tidak bergerak ke mana ia mahu pergi, sebaliknya pergi ke kawasan yang dikemukakan oleh pegawai kanan kesihatan.

“Selain itu, Movac memiliki 25 buah bas yang akan digerakkan ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak bagi menjayakan program ini. Jumlah bas bergerak akan dipertimbang untuk ditambah sekiranya ia benar-benar membantu mempercepat dan memudahkan pemberian vaksin,” katanya dalam sidang akhbar Program Movac dan RT Care Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI