fbpx

14 kenderaan diarah berpatah balik di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 14 buah kenderaan diarah berpatah balik ketika pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di empat buah daerah di Kelantan hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kesemua kenderaan itu diarah berbuat demikian selepas dikesan cuba merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis.

Katanya, daripada jumlah itu, enam kenderaan diarah berpatah balik di SJR Kota Bharu, Bachok (4), Tanah Merah (2) dan Pasir Puteh (2).

“Pemandu kenderaan dikenal pasti cuba merentas daerah dan negeri pada pukul 8 pagi hingga 4 petang tadi.

“Polis juga mengesan dua kenderaan yang cuba merentas negeri ke Terengganu di SJR Pasir Puteh, namun tidak dibenarkan.

“Kita tidak menolak kemungkinan individu terbabit mencuba nasib untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI